Perkhidmatan Bas Smart Selangor MDSB untuk laluan SB01 (Sabak Bernam-Sungai Besar-Sekinchan), SB02 (Sabak Bernam-Sungai Lang-Pekan Parit Baru-Sungai Air Tawar-Bagan Nakhoda Omar) dan SB03 (Sabak Bernam-Bagan Terap-Terminal Rakyat Merbau Berdarah, Sungai Panjang) akan mula menggunakan mekanisma Scan To Ride melalui aplikasi Citizen E-Payment (CEPat) bermula 1 Mac 2021.
Pengguna boleh memuat turun aplikasi ini melalui Google Play Store dan Apple Appstore.
Pengguna juga dikehendaki mendartar maklumat di aplikasi CEPat dan memilih Scan To Ride untuk mengimbas kod QR CEPat sebelum menaiki Bas Smart Selangor.
Caj RM0.90 akan dikenakan kepada pengguna Bukan Warganegara Malaysia bermula 15 mac 2021. Bagi Warganegara Malaysia pula adalah percuma tetapi diwajibkan untuk mengimbas kod QR CEPat sebelum menaiki dan menuruni bas.
(Sumber : Majlis Daerah Sabak Bernam)