271348769 289893223172472 887244893729699600 n

Pendaftaran MyFood Tag adalah sebagai satu mekanisma pengukuhan kawalan keselamatan makanan dan kebolehkesanan di sepanjang rantaian bekalan makanan. Antara peringkat rantaian makanan yang terlibat adalah peringkat gudang dan pusat pengumpulan, peringkat pengangkutan, peringkat pengilaangan dan peringkat peruncitan. Fokus akan diberikan terhadap keselamatan makanan di check point/peringkat rantaian tertentu di sepanjang rantaian bekalan makanan.
Premis makanan di check point/peringkat rantaian bekalan makanan yang memenuhi kriteria keselamatan makanan yang ditetapkan akan diberikan pengiktirafan melalui pemberian nombor pendaftaran MyFood Tag.

 

(Sumber : Jabatan Kesihatan Negeri Selangor)