296900062 5408808645865479 6206457258454334494 n

Penyertaan terbuka kepada semua warganegara MALAYSIA yang bermastautin di Daerah Sabak Bernam. Setiap pasukan mestilah mempunyai bilangan ahli antara 15 - 20 orang dan bebas menentukan bilangan peserta lelaki dan perempuan.

Kompang biasa bersaiz antara 8 hingga 15 inci sahaja dibenarkan dan hendaklah dibawa oleh pasukan masing-masing. Tema bagi pertandingan kompang ini adalah bebas, tetapi tidak menyentuh isu-isu sensitif seperti politik dan perkauman.

Setiap pasukan wajib menyampaikan dua (2) buah persembahan. Persembahan pertama adalah paluan kompang tanpa diiringi lagu dan persembahan kedua adalah paluan kompang berserta iringan lagu sama ada ciptaan sendiri atau lagu saduran (lagu yang dinyanyikan semula)

Sebarang pergerakan semasa persembahan adalah dibenarkan. Masa persembahan adalah 5 hingga 8 minit sahaja. Semua persembahan hendaklah dimainkan secara langsung (live) tanpa mikrofon.

 

(Sumber : I Love Sungai Besar)