Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Sumber Manusia melalui PERKESO akan mengadakan Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022 Kuala Selangor yang bertujuan untuk membantu pencari kerja di negeri Selangor terutamanya di sekitar Kuala Selangor bagi mendapatkan peluang pekerjaan seperti yang ditawarkan.
Menariknya, lebih 15 majikan yang menawarkan pelbagai kekosongan jawatan akan menyertai karnival ini dengan mengadakan sesi temu duga dari pelbagai sektor industri. Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin menjemput pencari kerja di sekitar negeri Selangor untuk menyertai karnival kerjaya tersebut pada 3hb sehingga 4hb November 2022 di Ballroom 1, Plaza Kuala Selangor.
(Sumber : MYFutureJobs)