332770349 6060366110667442 2383717678124120055 n

Pusat Ekonomi Digital (PEDi) yang telah dilancarkan pada 21 November 2021 menawarkan perkhidmatan capaian Internet, program latihan ICT dan bertindak sebagai pusat transformasi dan pemangkin ekonomi digital kepada usahawan menerusi bantuan pendigitalan dan fasiliti kepada komuniti setempat.

Bagi tahun 2023, sasaran membangunkan satu PEDi di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk memperkasakan peranan PEDi dalam membantu peniaga kecil dengan pengetahuan ICT dan e-Dagang seterusnya meningkatkan sosioekonomi masyarakat dalam dan luar bandar.

 

(Sumber : Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia)