348423733 859839152226758 8923082017042129973 n

Sebagai langkah memudahkan para Jemaah yang akan menunaikan haji pada tahun ini, Kerajaan Negeri Selangor melalui Menteri Besar Selangor (Incorporated) MBI akan menawarkan Insentif Haji Muassasah 1444H / 2023M kepada 3,000 bakal jemaah yang memerlukan, khususnya kumpulan B40 dan M40 di Negeri Selangor Darul Ehsan.

Setiap jemaah yang memohon dan menepati syarat kelayakan akan berikan wang tunai sebanyak RM500 serta kit syifa termasuk ubat-ubatan, cecair pembasmi kuman, losyen, serta pelembap bibir. Keseluruhan program ini akan diperuntukkan sebanyak RM1,653,000, dan permohonan akan dibuka bermula Jumaat, 19 Mei 2023 hingga 25 Ogos 2023.

𝐁𝐚𝐠𝐢 𝐦𝐞𝐦𝐮𝐝𝐚𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐫𝐨𝐬𝐞𝐬 𝐩𝐞𝐧𝐝𝐚𝐟𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐃𝐔𝐍 𝐒𝐮𝐧𝐠𝐚𝐢 𝐏𝐚𝐧𝐣𝐚𝐧𝐠, 𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐦𝐨𝐡𝐨𝐧𝐚𝐧 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐥𝐚𝐤𝐬𝐚𝐧𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐞𝐫𝐮𝐬𝐢 𝐏𝐮𝐬𝐚𝐭 𝐊𝐡𝐢𝐝𝐦𝐚𝐭 𝐀𝐃𝐔𝐍 𝐒𝐮𝐧𝐠𝐚𝐢 𝐩𝐚𝐧𝐣𝐚𝐧𝐠,𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐥𝐨𝐤𝐚𝐬𝐢 𝐝𝐢 𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐔𝐌𝐍𝐎,𝐁𝐞𝐫𝐬𝐞𝐛𝐞𝐥𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐋𝐞𝐦𝐛𝐚𝐠𝐚 𝐔𝐫𝐮𝐬 𝐀𝐢𝐫 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐨𝐫 𝐒𝐮𝐧𝐠𝐚𝐢 𝐁𝐞𝐬𝐚𝐫.

Para jemaah yang layak memohon semestinya berwarganegara Malaysia dan menyampaikan salinan surat tawaran mengerjakan haji muassasah yang mengandungi kenyataan bayaran haji serta salinan jadual penerbangan.

 

(Sumber : Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sungai Panjang)