Meskipun peringatan demi peringatan untuk tidak menyebarkan sebarang berita atau maklumat palsu berkaitan wabak Covid-19 telah diberikan, namun masih ada segelintir di kalangan rakyat Malaysia yang masih berdegil dan mengambil sikap acuh tak acuh terhadap amaran tersebut.
Tindakan tidak bertanggung jawab itu ternyata boleh menggugat keselamatan dan ketenteraman awam di negara ini.
Mana-mana individu yang didapati bersalah kerana menyebarkan berita atau maklumat palsu boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Hentikan penularan berita palsu. Tidak pasti, jangan kongsi
#StaySafe
#StayAtHome
#COVID19
#SKMM
#TidakPastijanganKongsi
(Sumber: Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia )