meps

Kerajaan akan memberi pengecualian caj pengeluaran RM1 di semua mesin ATM dibawah Malaysian Electronic Payment System Sdn Bhd (MEPS), berkuat kuasa Isnin ini.

Langkah berkenaan dibuat bagi memastikan orang ramai tidak berpusu-pusu membuat pengeluaran menerusi kaunter juruwang.

Semua institusi perbankan dan ‘paynet’, akan mengecualikan caj pengeluaran wang di semua rangkaian MEPS, berkuat kuasa 6 April ini hingga tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai PKP boleh hubungi 03-88882010

#StaySafe

#StayAtHome

#COVID19

#SocialDistancing

(Sumber : Majlis Keselamatan Negara )