pakej rangsangan

 PM umum Pakej PRIHATIN PKS (Tambahan) bernilai RM10 bilion sebagai manfaat tambahan kepada PKS

📌 Bayaran Prihatin dibuat mulai hari ini bagi yang layak - PM Muhyiddin

📌 PRIHATIN: Bagi yang layak untuk terima bantuan tetapi nama tiada dalam rekod LHDN, boleh buat permohonan baharu - PM Muhyiddin

📌 Sektor PKS sumbang lebih dua pertiga jumlah pekerjaan dalam negara dan hampir 40 peratus kepada ekonomi negara. - PM Muhyiddin

📌 PKS tunjang ekonomi negara, penting untuk pastikan ia mampan - Muhyiddin

📌 Libaturus IKS dengan MOF untuk cari penyelesaian masalah dihadapi - PM Muhyiddin

📌 Syarikat yang mempunyai 75 orang pekerja terima subsidi upah sebanyak RM1,200 setiap pekerja -PM Muhyiddin

📌 Syarikat mempunyai 76-200 pekerja akan terima subsidi upah RM800 bagi setiap pekerja - PM Muhyiddin

📌 4.8 juta pekerja PKS dapat faedah tambahan Pakej Prihatin PKS - PM Muhyiddin

📌 Geran khas RM3,000 untuk setiap syarikat mikro, manfaatkan 700,000 PKS mikro berdaftar dengan LHDN - Muhyiddin

📌 Peruntukan program subsidi upah yang diumumkan sebelum ini dinaikkan kepada RM13.8 bilion daripada RM5.9 bilion - PM

📌 PM Muhyiddin seru organisasi pemberi pinjaman wang berdaftar yang sediakan kemudahan kredit untuk beri moratorium bayaran ansuran PKS selama 6 bulan

📌 Skim pinjaman mudah dipanjangkan kepada TEKUN Nasional - PM Muhyiddin

📌 Premis PKS menyewa di bangunan kerajaan dikecualikan sewa atau mendapat diskaun - PM Muhyiddin

📌 Levi 25 peratus untuk pekerja asing yang tamat tempoh bagi 1 April hingga 31 Dis - PM Muhyiddin

📌 Portal khas IMSME untuk terima pinjaman PKS - PM Muhyiddin

📌 Kerajaan setuju beri moratorium secara automatik 30 hari dari tarikh terakhir PKP untuk syarikat kemuka dokumen berkanun kepada SSM - PM

📌 Pakej Prihatin PKS (Tambahan) bantu aliran tunai, daya tahan PKS - PM Muhyiddin

📌 Unit Laksana ditubuh di Kementerian Kewangan pastikan inisiatif Prihatin dan Prihatin Tambahan dilaksana dengan cepat, lancar - PM Muhyiddin

📌 Kerajaan beri jaminan telus dalam berbelanja dan semua perbelanjaan yang dilakukan berasaskan undang-undang - PM Muhyiddin

📌 Kerajaan akan bentang Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan di Parlimen kelak - PM Muhyiddin

📌 Kerajaan akan membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan untuk semua pakej rangsangan ekonomi yang telah diumumkan - PM

📌 Kerajaan akan pertimbang pelbagai inisiatif untuk meransang sektor 'start-up' dalam tempoh sukar ini - PM Muhyiddin

📌 Kerajaan akan meneruskan amalan kewangan berhemah dan disiplin fiskal yang tinggi demi memastikan keadaan kewangan negara terus kukuh dan terkawal - PM

📌 Peranan dan jasa petugas barisan hadapan sentiasa dihargai kerajaan - PM Muhyiddin

📌 Teruskan cekal, kuat dan bersemangat hadapi dugaan wabak COVID-19 - PM Muhyiddin

-- Perutusan Khas Pakej PRIHATIN PKS (Tambahan) oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, 6 April 2020 (Isnin)

#StaySafe

#StayAtHome

#COVID19

(Sumber : BERNAMA )