penjaja berlsesen

Ucapan daripada YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pagi ini, 15hb April, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor telah mendapat maklumbalas terkini berkenaan status insentif RM500 one-off kepada penjaja dan peniaga kecil di bawah Pakej Rangsangan Selangor Prihatin. Mengambilkira perkembangan semasa, Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju untuk meluaskan manfaat insentif ini kepada peniaga berlesen yang menyewa premis PBT untuk kategori Pasar Tani, Kiosk, Semua Jenis Gerai, Medan Selera dan Pasar Awam yang dikuatkuasakan di bawah Undang-undang Kecil (UUK) Pelesenan Tred, UUK Pasar dan UUK Establishment Makanan sahaja.

Manfaat ini terhad kepada lesen sah tahun 2020 yang diluluskan sehingga 20 Mac 2020. Kerajaan Negeri turut bersetuju agar tempoh permohonan dilanjutkan sehingga 7 Jun 2020.

Di kesempatan ini, saya ingin mengingatkan semua untuk sentiasa mengamalkan amalan kebersihan yang baik seperti sering mencuci tangan dan melakukan penjarakan sosial demi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa ke-3 yang bermula hari ini.

#SelangorGempurCovid19 #StayAtHome #KitaJagaKita

YAB Dato’ Seri Amirudin Shari
Dato’ Menteri Besar Selangor

(Sumber : Majlis Daerah Sabak Bernam)