278448818 355241989971144 4652381743408990768 n

Semasa menyediakan makanan dan minuman, pastikan anda menggunakan air dan bahan mentah yang selamat.

Bahan mentah termasuk air dan ais boleh tercemar oleh bakteria dan bahan-bahan kimia berbahaya. Bahan toksik boleh terhasil pada makanan berkulat dan rosak.

Pilih bahan mentah dengan berhati-hati. Amalkan langkah-langkah mudah seperti dikongsikan bagi mengurangkan pencemaran makanan.

Sekiranya anda rasa pening, loya, muntah, sakit perut atau cirit-birit, segera ke klinik untuk dapatkan rawatan

 

(Sumber : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)