311162071 627394192381793 4509620317501063263 n

Kafe Estetik Tarikan Terbaru di Sungai Besar.
 
Cuti sekolah ni mesti ramai nak ke Sungai Besar & Sekinchan, balik kampung atau melihat pemandangan sawah padi. Memang best, tenang je kawasan desa ni. Terbaru, ada satu kafe yang estetik dan cantik sangat untuk bergambar.
 
Beroperasi setiap rabu-ahad dari jam 3 petang - 11 malam.
 
Antara menu menarik disini adalah mee kari, pizza leleh.
 
Untuk dessert pula, yang menarik adalah kek batik,blueberry cheese cake, & biscoff cheese cake.
 
Boleh 'waze' Dapo Putih, lokasinya terletak di betul-betul berhadapan SMKA Tun Rahah, Simpang Lima Sungai Besar.
 
Dapo Putih, Lot 27, 1, Jalan SMKA, Tun Rahah, 45300 Sungai Besar, Selangor
 
 
(Sumber : Surgaroute)