Untuk pengetahuan semua, tiada bukti yang menyatakan bahawa virus COVID-19 boleh menjangkiti manusia melalui makanan. Sebagai pengguna, tidak perlu untuk kita menekan butang panik sehingga perlu membasuh sayuran dan buah-buahan yang dibeli menggunakan sabun.
Sudah memadai sayuran dan buah-buahan yang dibeli dibasuh menggunakan air bersih yang mengalir dan digosok dengan rapi untuk membersihkannya.
Diingatkan, penggunaan bahan seperti sabun boleh mengakibatkan makanan tersebut tercemar dan akhirnya mendatangkan penyakit lain seperti muntah dan cirit-birit.
#StaySafe
#StayAtHome
#COVID19
(Sumber : Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia )