163591072 3825716490831460 2569557960875884222 n

Unit Komunikasi Korporat (UKK), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sedang menjalankan Kajian Kepuasan Pelanggan bagi Januari sehingga April 2021.

MOTAC sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada semua pelanggannya yang terdiri daripada orang awam, pemain industri serta penggiat seni dan budaya, organisasi swasta dan kementerian/jabatan/agensi kerajaan.

Penilaian pelanggan amat penting dalam membantu kementerian mengenal pasti aspek perkhidmatan dan kemudahan yang perlu ditambah baik dalam memastikan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat secara keseluruhannya.

 

(Sumber : Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia )