312450298 500472982125242 4143786437515040599 n

Pesta Seni dan Kebudayaan Negeri Selangor 2022 ini merupakan suatu program bersiri yang menyediakan beberapa acara seni dan budaya dengan menonjolkan identiti kemasyarakatan dan kebudayaan rakyat negeri Selangor.

PSKNS 2022 ini merupakan suatu program bersiri yang menyediakan beberapa acara seni dan budaya dengan menonjolkan identiti kemasyarakatan dan kebudayaan rakyat negeri Selangor. Sebanyak lima acara utama dan lapan acara poket sudah dikenal pasti untuk dilangsungkan sepanjang pesta tersebut yang telah pun bermula 1 Oktober lalu sehinga 31 Disember 2022 di lokasi-lokasi terpilih sekitar Selangor.

Lima acara utama tersebut adalah Festival Wau Kapal Selangor, Manifestasi Keroncong Selangor, Fiesta Nasi Ambeng Tradisional Selangor 2022, Konsert Rentak Selangor dan Program Menjunjung Kasih Tuanku: Temasya Silat Seni Selangor dan Temasya Cempuling Selangor. Acara-acara ini merupakan tonggak PSKNS 2022.

 

(Sumber : Tourism Selangor)