344349890 2134752586709939 5777678788854536914 n

Semua dijemput hadir bagi memeriahkan lagi sambutan Rumah Terbuka Jelajah #KitaSelangor Aidilfitri Daerah Sabak Bernam.

 

12 Mei 2023 (Jumaat)

8.00 mlm - 11.00 mlm


Dataran Tanah Lesen, Parit Baru, Sabak Bernam
https://goo.gl/maps/5SVCxqTFxhgEoaij8?coh=178572&entry=tt

 

12 Mei, bermula seawal 8:30 pagi akan diadakan beberapa pertandingan. Semua dipelawa menyertainya kerana hadiah wang tunai menanti anda.
- Pertandingan hias dan gubah pulut kuning.
- Pertandingan ikat samping
- Pertandingan anyam ketupat
- Pertandingan karaoke lagu raya

Penyertaan pertandingan masih dibuka.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi :
Puan Suhada 0192899868

Pada sebelah malam, anda boleh menikmati juadah hari raya daripada 37 gerai yang antaranya sediakan sate, pelbagai bubur, kambing bakar, lemang, rendang, pelbagai sup, air balang, air panas dan sejuk, kuih muih tradisional dan banyak lagi.

Untuk anak-anak turut disediakan soopa doopa supaya lebih meriah.

Artis pun ada tau. Siapa tu?

- Lan Solo
- Ezad Lazim
- buskers undangan
- Suhaimi (Bintang P.Ramlee)

Lagi best, ada cabutan bertuah untuk pengunjung bertuah. Hadiah utama motorsikal honda, ada juga tv, barang elektrik dan lain-lain lagi.

Ada satu lagi yang best pada malam. Apa tu?
Pameran variasi motorsikal (berkuasa tinggi dan retro) Jom peminat motorsikal. Jangan lupa hadir ya.

Salam Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.
Semoga kehadiran semua menambahkan kemeriahan dan memberikan lebih erti buat majlis nanti

 

(Sumber : Majlis Daerah Sabak Bernam)