Events Calendar

Lestari ICT & Cakna Kesihatan PI Tebuk Haji Yusuf
Sunday, September 29, 2019, 08:00am
Hits : 17
Location Pusat Internet Tebuk Haji Yusuf
Program mendekatkan komuniti dengan mengadakan pelbagai aktiviti serta program kesedaran untuk mewujudkan komuniti yang sihat dan berpengetahuan ICT.

Aktiviti pertandingan yang dijalankan seperti:
Kahoot ICT Kesihatan, Nutrisi Online, Mengarang Artikel, Mewarna Poster, Masakan Kukus & Rebus dan juga pertandingan fizikal.

Pemeriksaan kesihatan juga diadakan daripada agensi KOSPEN dan juga Klinik Pergigian untuk pemeriksaan gigi. Agensi yang turut serta adalah dari Unit Farmasi & Bekalan (Hospital Tengku AMpuan Jemaah Sabak Bernam) dan Unit Vektor (pameran denggi).

Demo masakan Sushi Roti Roll dikendalikan oleh usahawan PI Tebuk Haji Yusuf menggunakan bahan-bahan yang sihat seperti roti, lobak merah, sayur salad, ayam cincang & lain-lain.

Majlis dirasmikan oleh Tuan Abu Bakar Bin Mustar selaku Ketua Kampung Sungai Limau