Events Calendar

Jelajah Advokasi Pusat Internet Kluster Sabak Bernam
Friday, October 18, 2019, 08:30am - 11:30am
Hits : 12

Aktiviti : Jelajah Advokasi Pusat Internet Kluster Sabak Bernam Di SK Sungai Leman

Tarikh : 18 Oktober 2019

Masa : 8.30 pagi

Location Sekolah Kebangsaan Sungai Leman, Sekinchan
Seramai 32 pelajar SK Sungai Leman, Sekinchan mengikuti Program Jelajah Advokasi PI Kluster Sabak Bernam Kolaborasi bersama SK Sungai Leman & Pusat Internet Kluster Sabak Bernam.

Pelbagai aktiviti dijalankan antaranya Bengkel ICT, Asas MS Powerpoint: Membuat Biodata Diri, Tayangan Video Klik Dengan Bijak(KDB): Bahaya Media Sosial dan Buli Siber di samping mempromosikan 12 Buah Pusat Internet yang ada di Daerah Sabak Bernam.

Program ini bertujuan memberikan pendedahan kepada Pelajar Tahun 6 tentang Program KDB semasa melayari internet dengan Bijak dan selamat. Pelajar juga diterangkan dengan 3 aspek membudayakan penggunaan internet secara positif iaitu: Keselamatan, Waspada dan Tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri dalam membendung masalah penyalahgunaan internet.