Tarikh : 11 Mei 2019
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi : PI Tebuk Haji Yusuf
Peserta : 1 orang

Tujuan 

Mengajar Pengerusi Pusat Internet Tebuk Haji Yusuf En Roestam A Sani Bin Misron selaku AJK Surau Tebuk Haji Yusuf membuat poster hebahan jadual program, moreh dan sahur Surau Tebuk Haji Yusuf.

Aktiviti 

Aktiviti dimulakan dengan mendedahkan pelbagai laman web untuk membina poster di dalam talian secara percuma. Pengerusi diajar bagaimana untuk mencari template yang sesuai untuk membina jadual dan menggunakan kemudahan tools yang diberikan.

Gambar Disini

Tarikh : 3 Mei 2019
Masa : 3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : PI Tebuk Haji Yusuf
Peserta : 150 orang

Tujuan 

Mengetengahkan kemahiran pengucapan awam usahawan Pusat Internet.

Aktiviti 

Seramai 5 orang peserta yang menyertai kelas ini yang terdiri daripada golongan wanita. Mereka juga adalah usahawan kecil yang ingin belajar cara bercakap di hadapan umum untuk tujuan mempromosikan produk jualan mereka. Menggunakan tutorial solekan di laman web youtube sebagai rujukan. 

Gambar Disini

Tarikh : 13 April 2019
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi : PI Tebuk Haji Yusuf
Peserta :  6 orang

Tujuan 

Mendedahkan pelajar apa itu buli siber.

Aktiviti 

Sebanyak 6 orang pelajar yang menyertai tayangan video ini. Video KDB Buli Siber ditayangkan terlebih dahulu sebelum petugas menerangkan dengan lebih terperinci mengenai buli siber di internet.

Gambar Disini

Tarikh : 23 April 2019
Masa : 9.00 pagi - 1.00 tengahari
Lokasi : PI Tebuk Haji Yusuf
Peserta : 150 orang

Tujuan 

Memberi pendedahan kepada pelajar tentang gejala buli siber di internet.

Aktiviti 

Seramai 150 orang pelajar sekolah dari SK Sg Limau, Sungai Besar yang menyertai program ini. video KDB Buli Siber ditayangkan kepada pelajar dan seterusnya membuat aktiviti kuiz mengenai Buli Siber dan juga asas komputer.

Gambar Disini

Tarikh : 6 April 2019
Masa : 10.00 pagi - 4.00 petang
Lokasi : PI Tebuk Haji Yusuf
Peserta :  5 orang

Tujuan 

Membantu pelajar dalam membuat kertas kerja Tingkatan Enam

Aktiviti 

Seramai 5 orang pelajar tingkatan enam yang mengikuti kelas ini. Pelajar diberi tunjuk bagaimana untuk membuat kertas kerja mengikut format yang telah ditetapkan menggunakan aplikasi Microsoft Word. Pelajar juga diajar cara untuk membuat pencarian maklumat di internet dengan kaedah yang betul. 

Gambar Disini