TERKINI #COVID19Malaysia, 06 Mei 2020.
Bilangan pesakit sembuh dan telah discaj dari hospital hari ini adalah 135 orang
Jumlah keseluruhan telah sembuh dan discaj adalah 4,702 kes bersamaan dengan 73.15% dari jumlah keseluruhan kes positif.
Terima kasih kepada semua dan kekalkan norma baharu dalam kehidupan harian kita.
#KawalanKendiri
#StrongerTogether
#KitaTeguhKitaMenang
#KitaMestiMenang
#StayAtHome
(Sumber : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)
PKPB telah pun bermula hari ini 4 Mei 2020. Pastikan kita semua mengamalkan langkah-langkah pencegahan dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
Kita belum menang lagi, teruskan duduk rumah bagi memutuskan penularan wabak COVID19.
#COVID19
#StayAtHome
#MovementControlOrder
#PerintahKawalanPergerakan
#KitaMestiMenang
(Sumber : Majlis Keselamatan Negara)
Malaysia berjaya memenuhi enam kriteria ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam usaha menangani penularan COVID19 ketika ini.
Walaupun kita telah berjaya mengawal penularan COVID19, jangan kita alpa dan berasa selesa. Terus waspada dan patuhi arahan yang telah dikeluarkan.
#COVID19
#StayAtHome
#MovementControlOrder
#PerintahKawalanPergerakan
#KitaMestiMenang
(Sumber : Majlis Keselamatan Negara)
Daripada 122 kes baharu 3 Mei 2020, 52 adalah kes import dan 70 adalah kes tempatan.
Daripada 70 kes tempatan, 24 kes di PKPD dan 46 kes PKP.
#COVID19
#StayAtHome
#MovementControlOrder
#PerintahKawalanPergerakan
#KitaMestiMenang
(Sumber : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)
Satu kejadian kluster di sebuah restoran di Guangzhau, China telah menunjukkan bagaimana kesan pengudaraan yang tidak baik dan penggunaan penghawa dingin boleh menyebabkan penyebaran virus corona lebih jauh dari yang disangka.
Dalam kejadian tersebut, seorang individu yang telah dijangktii Covid 19 tetapi TIDAK BERGEJALA telah menyebabkan jangkitan pada 9 pelanggan restoran yang lain.
Kajian mendapati, tiupan penghawa dingin telah menyebabkan titisan air yang mengandungi virus terbang dari meja B ke meja C dan kemudiannya ke meja A
Semasa sedang makan, pelanggan perlu membuka topeng muka dan biasanya akan berbual. Ini menjadikan restoran satu tempat yang berisko untuk berlaku penyebaran virus.
Kejadian kluster ini menunjukkan
✔️ Kepentingan pengudaraan dalam restoran
✔️ Kepentingan pelanggan restoran untuk memberi maklumat peribadi kpd restoran
✔️ Risiko untuk makan di dalam restoran yang berhawa dingin.
.
Pilihlah untuk bawa pulang makanan , menggunakan perkhidmatan e hailing, atau masak sendiri di rumah.
(Sumber : Public Health Malaysia)