rabu 3s

Jangan bersedih kerana tidak dapat pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga.

Ingat ๐Ÿ‘๐’.

๐Ÿ‘ ๐’yukur kerana dapat menyumbang dalam memutuskan rantaian jangkitan COVID-19

๐Ÿ“ฑ ๐’edia untuk menempuh norma baharu. Berhubunglah dengan keluarga tersayang di kampung secara virtual/maya.

๐Ÿก ๐’elamat. Rumah saya adalah tempat yang paling selamat. Terus kekal duduk di rumah.

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk

Sumber:Kementerian Kesihatan Malaysia - Portal Myhealth

isnin pkpd

Terkini #covid19malaysia, 11 Mei

3 Kluster Covid-19 (Kawasan PKPD) menyaksikan tiada pertambahan kes pada hari ini termasuk PKPD terbaharu iaitu Kawasan Pasar Jalan Othman, Petaling Jaya.

BWN = Bukan Warga Negara

Sumber:KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

selasa denggi

Orang ramai sudah mula keluar. Anda akan terdedah dengan gigitan Aedes. Gunakan repellen.

Sumber:Jabatan Kesihatan Negeri Selangor

isnin rapid kit

PENGGUNAAN RAPID TEST KIT (RTK) ANTIBODI TIDAK DISARANKAN SEBAGAI UJIAN PENGESAHAN COVID-19
Isu yang dibangkitkan oleh beberapa pihak, iaitu berkenaan penggunaan Rapid Test Kit (RTK) antibody di klinik swasta bagi saringan pekerja untuk kembali bertugas.

KKM menyarankan penggunaan ujian mengesan virus COVID-19 menggunakan ujian berasaskan antigen iaitu melalui ujian Real time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (rRT-PCR) ataupun ujian RTK Antigen.

Kedua-dua ujian tersebut memerlukan pengambilan Nasopharyngeal (NPS) Swab oleh anggota yang terlatih dengan menggunakan alat pelindung diri (PPE) yang bersesuaian serta kelengkapan makmal seperti Biological Safety Cabinet (BSC) ketika memproses sampel yang telah diambil. Kedua-dua ujian ini memerlukan pengambilan Nasopharyngeal (NPS) Swab oleh anggota yang terlatih dengan menggunakan alat pelindung diri (PPE) yang bersesuaian serta kelengkapan makmal seperti Biological Safety Cabinet (BSC) ketika memproses sampel yang telah diambil.

Ujian serologi RTK Antibodi yang menggunakan sampel darah dari hujung jari (finger prick) tidak boleh digunakan sebagai ujian pengesahan disebabkan kehadiran antibodi tidak dapat mengesahkan jangkitan semasa (active infection). Keputusan antibodi negatif pula tidak menjamin individu yang diuji tersebut tidak dijangkiti COVID-19.

Namun, ujian RTK Antibodi boleh digunakan bagi tujuan pelaksanaan kajian prevalen jangkitan COVID-19 di dalam masyarakat atau di kalangan kumpulan sasar (seperti kumpulan pekerja). Ini selari dengan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di mana, RTK antibodi boleh digunakan dalam aktiviti survelan dan kajian epidemiologi.

Pada masa kini tiada bukti kukuh dari kajian saintifik yang menunjukkan bahawa orang yang telah pulih daripada COVID-19 dan mempunyai antibodi adalah terlindung daripada jangkitan kedua (second infection).

Sidang Media Kementerian Kesihatan Malaysia - YBhg Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan

Sumber:KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA