sabtu mati

Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu (1) lagi kes kematian berkaitan COVID-19.

Kes kematian ke-113 (kes ke-6856) merupakan wanita warganegara Malaysia berumur 53 tahun. Beliau mempunyai sejarah penyakit barah dan darah tinggi. Beliau adalah merupakan seorang kakitangan perubatan KKM di Sabah
(namun telah bercuti sakit disebabkan barah).

Beliau telah dimasukkan ke Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah, Likas pada 5 Mei 2020 disebabkan kesihatan beliau yang semakin merosot. Beliau didapati positif COVID-19 dan disahkan meninggal dunia pada 7 Mei 2020 jam 1.30 petang.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga beliau.

Sumber:KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

sabtu sembuh

Terkini #covid19malaysia STATUS KESEMBUHAN, 16 Mei 2020

73 kes sembuh dan telah discaj direkodkan pada hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sembuh adalah sebanyak 5,512 (bersamaan 80.21%).

Tahniah kepada petugas barisan hadapan dan pihak yang bekerjasama dalam memastikan Malaysia sentiasa selamat.

Sumber:KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

sabtu zone merah

Demografi kes aktif masih sama seperti semalam kecuali Daerah Sepang di mana Mukim Dengkil tambah 1 kes aktif dan Mukim Labu pula bersih dari kes aktif.

Anda diingatkan untuk sentiasa amalkan langkah berjaga-jaga bagi memastikan graf kes baru sentiasa landai. Namun jika anda ingkar, tidak mustahil kita akan mengalami situasi teruk seperti kali pertama Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.

Tentukan MUKIM ANDA dan rujuk infografik BERDASARKAN MUKIM ANDA untuk mengetahui status kes aktif COVID-19 di tempat anda.

#SelangorGempurCovid19
#STFC
#COVID19

Sumber:

Amirudin Shari
Dr Dzulkefly Ahmad

sabtu status

Terkini #covid19malaysia, STATUS COVID-19 16 Mei 2020

Sebanyak 17 kes baharu telah dilaporkan, di mana 5 daripada jumlah tersebut adalah dalam kalangan bukan warganegara Malaysia. Daripada jumlah kes hari ini, hanya 6 kes import telah dilaporkan.
#kitamestimenang
#kitapatuhkitamenang

 

jumaat sembuh

Terkini #covid19malaysia, 15 Mei 2020
88 kes sembuh dan telah discaj direkodkan pada hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sembuh adalah sebanyak 5,439 (bersamaan 79.34%).

Tahniah kepada petugas barisan hadapan dan pihak yang bekerjasama dalam memastikan Malaysia berada dalam fasa penyembuhan.

Terima kasih atas pengorbanan anda.

Sumber:KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA