265 nutrition

 

Sistem imuniti badan berfungsi melindungi kita daripada dijangkiti penyakit termasuk jangkitan korona virus 19 atau COVID-19.

Keberkesanan sistem imuniti badan dalam melindungi kita akan berkurangan apabila usia kita makin meningkat.

Namun, kita boleh mengekalkan keupayaan sistem ini sebagai 'benteng pertahanan automatik' dengan amalan gaya hidup sihat yang bermula pada usia muda.

Pemakanan sihat membekalkan vitamin dan zat mineral yang diperlukan badan bagi 'menggerakkan' sistem pertahanan ini.

Bukan susah pun untuk mengamalkan pemakanan sihat. Salah satu cara ialah dengan memastikan setiap hari kita makan sayur-sayuran dan buah-buahan.

Sebagai contoh, amalan makan buah-buahan memberikan badan kita khasiat seperti Vitamin C, fiber dan mineral lain.

Sempena cuti Hari Raya Aidilfitri, pastikan anda sekeluarga makan buah-buahan untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan.

Jika mahu kekal sihat fizikal dan mental, peliharalah kesihatan tubuh badan.

Menjaga kesihatan tubuh badan adalah tanggungjawab diri sendiri.

Anda nak sihat, andalah yang kena bertindak.

Buah-buahan ini kaya dengan vitamin C. Manakah pilihan anda?

#HealthyLifeStyle

Sumber:KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

265 zon merah

Tiada perubahan demografi kes aktif bagi mukim jika dibandingkan dengan semalam. Cuma dilaporkan peningkatan drastik sebanyak 29 kes baru di mukim Labu yang menjadikan jumlahnya menghampiri Zon Merah.

Turut diingatkan bahawa tiada lagi sambutan fizikal dan ziarah dibenarkan pada hari raya kedua ini. Semua warga Selangor diminta untuk patuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Diubahsuai (PKPBD).

Berayalah dengan selamat.

Tentukan MUKIM ANDA dan rujuk infografik BERDASARKAN MUKIM ANDA untuk mengetahui status kes aktif COVID-19 di tempat anda.

#SelangorGempurCovid19
#STFC
#COVID19

Sumber:

Amirudin Shari
Dr Dzulkefly Ahmad

thy daerah zon

 

Status kes aktif dan kumulatif COVID-19 Selangor mengikut mukim di daerah sehingga 22 Mei 2020. Kes baharu melibatkan 19 kes tempatan dan 1 kes import direkodkan.
Nota: Perubahan data bagi mukim yang bertanda * adalah disebabkan oleh penambahan kes baru atau pindahan kes atau kedua-duanya sekali. Kes Luar Negara/import tidak dimasukkan di dalam data mengikut daerah dan mukim. Formula kiraan kes aktif : (Kes Kumulatif - Kes Sembuh - Kematian - Kes Luar Negara = KES AKTIF)

tip penyediaan makanan raya

Sepanjang bulan Syawal tahun 2019, KKM telah menerima
laporan 53 episod keracunan makanan melibatkan 1,995 kes.

Susulan itu, KKM menyarankan orang ramai supaya
mengamalkan lima (5) kunci keselamatan makanan bagi
memastikan makanan yang disediakan untuk ahli keluarga
yang tersayang adalah bersih dan selamat iaitu:

1. Amalkan kebersihan diri dan mencuci tangan dengan air
dan sabun sebelum mengendalikan makanan.

2. Gunakan bahan mentah yang segar dan air yang bersih.

3. Gunakan peralatan yang berasingan seperti papan
pemotong untuk makanan mentah dan yang telah
dimasak.

4. Masak makanan dengan sempurna dan pastikan ianya
dimakan dalam tempoh tidak melebihi empat (4) jam.

5. Simpan makanan pada suhu yang bersesuaian dan tidak
melebihi tiga (3) hari di dalam peti sejuk.

(Sumber : KKM)

thy status

 

Terkini #covid19malaysia, 22 Mei
Kes sembuh = 63
Jumlah kes sembuh = 5,859
Kes baharu positif = 78
Jumlah positif = 7,137
Kes kematian = 1
Jumlah Kes kematian = 115
Sebanyak 9 kes dirawat di ICU dan 5 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Sumber:KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA