thy amalkan 3w

Orang ramai diingatkan supaya patuh kepada 3S / 3C dan 3W seperti disarankan oleh KKM:
• Elakkan 3S / 3C: iaitu elakkan kawasan yang Sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang Sempit
(Confined space) dan elak Sembang atau bertutur
dengan jarak yang dekat (Close conversation).

• Amalkan 3W: iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan
sabun (Wash), sangat digalakkan memakai alat penutup
hidung dan mulut (face mask) di tempat awam atau jika
bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang
lebih berkonsep peringatan seperti:
- Elak bersalaman / bersentuhan;
- Amalkan etika batuk dan bersin;
- Lakukan aktiviti disinfeksi;
- Duduk di rumah dan hanya keluar sekiranya ada
urusan penting sahaja;
- Dapatkan rawatan segera jika bergejala.

#COVID19
#StayAtHome
#MovementControlOrder
#PerintahKawalanPergerakan
#KitaMestiMenang

Sumber :KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

thy mukim

3 mukim Zon Hijau mencatatkan kes aktif baru iaitu Dengkil, Sepang dan Hulu Kelang yang menjadikan statusnya kembali semula ke Zon Kuning.

Laporan trafik menunjukkan percubaan ramai warganegara yang cuba merentas negeri untuk pulang beraya di kampung. Perbuatan ini sangat tidak bertanggungjawab dan mampu membuatkan pengorbanan warganegara yang berdisplin itu menjadi sia-sia saja.

Mohon untuk saling berpesan supaya menjadi rakyat Malaysia yang bertanggungjawab. Jangan pentingkan diri sendiri serta berfikiran singkat yang natijahnya boleh melumpuhkan negara semula pada masa hadapan.

Adakah anda benar-benar mahu menjadi sebab bagi akibat yang buruk nanti?

Tentukan MUKIM ANDA dan rujuk infografik BERDASARKAN MUKIM ANDA untuk mengetahui status kes aktif COVID-19 di tempat anda.

#SelangorGempurCovid19
#STFC
#COVID19

Sumber:Selangor Task Force Covid 19

status covid 19

Terkini #covid19malaysia, 19 Mei
Kes sembuh harian = 31
Jumlah kes sembuh = 5,646
Kes baharu positif = 37
Jumlah positif = 6,978
Kes kematian = 1
Jumlah Kes kematian = 114
Sebanyak 11 kes dirawat di ICU dan 6 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

(Sumber : KKM)

discaj 19

Terkini #covid19malaysia STATUS KESEMBUHAN, 19 Mei

31 kes sembuh dan telah discaj direkodkan pada hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sembuh adalah sebanyak 5,646 (bersamaan 80.91%).

(Sumber : KKM)

austism

Infografik

Covid-19 dan Autisma: Apa yang saya perlu lakukan sekiranya anak saya mengalami sakit gigi semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan?

(Sumber : KKM)