saringan pandu laju

Tak pasti anda berjangkit atau tidak?

Jangan risau, saringan percuma secara pandu lalu untuk warga emas dan bukan warga emas yang mempunyai simptom: demam, batuk, selesema dan sakit tekak. Merupakan inisiatif khas Kerajaan Negeri Selangor dan Selcare, ia salah satu lagi usaha proaktif untuk mengesan jangkitan seawal mungkin bagi merendahkan risiko perebakan.

Rujuk infografik untuk maklumat dan mesti telefon dulu ya!

#SelangorGempurCovid19
#STFC
#COVID19

(Sumber : Selangor Task Force Covid 19)

stress burn

Adakah anda:

Stres ?
Burn Out ?
Emosi Terganggu ?
Perlukan seseorang untuk berkongsi ?

Mereka akan bantu anda. Scan QR Code atau layari URL yang tertera.

#COVID19
#StaySafe
#StayAtHome

(Sumber : Jabatan Penerangan Negeri Selangor)

status 18

Status #COVID19Malaysia sehingga jam 5 petang pada 18 April 2020. Keseluruhan kes positif adalah sebanyak 5,305 kes, manakala sembuh adalah sebanyak 3,102 kes. Dua (2) kes kematian baharu dilaporkan menjadikan keseluruhan sebanyak 88 kes. #StayAtHome #BreaktheChain #KitaMestiMenang

(Sumber : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)

jumlah discaj 18

Bilangan kes pesakit sembuh dan telah discaj hospital adalah sebanyak 135 kes Jumlah keseluruhan kes telah sembuh dan discaj adalah 3,102 kes bersamaan dengan 58.5% kadar kesembuhan dari jumlah keseluruhan kes positif.

Terima kasih kepada semua! #StayatHome #BreaktheChain #KitaMestiMenang

(Sumber : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)

ribut

Salah satu misteri terbesar bagi jangkitan coronavirus adalah mengapa ia hanya menyebabkan gejala ringan pada kebanyakan orang, tetapi boleh menyebabkan kematian pada individu lain.

Satu perkara penting yang diperhatikan adalah virus Covid 19 mampu membiak dengan begitu pantas selepas ia menjangkiti satu sel. Ia mengakibatkan stress yang besar pada tubuh dalam tempoh masa yang singkat.

Situasi ini menyebabkan tubuh membebaskan cytokines dengan banyak sehingga tidak terkawal. Cytokines adalah sejenis protein yang memberi isyarat untuk mengatur imuniti, keradangan dan penghasilan darah.

Apabila terlalu banyak cytokines dibebaskan, Ribut Cytokines berlaku dimana ia mula menyerang sel dan tisu tubuh selain melawan virus.

Bagi jangkitan COVID-19, tindakbalas ribut cytokines kebanyakannya berlaku di paru-paru. Apabila tisu paru paru mati dan mula pecah, dinding kanting udara kecil paru-paru menjadi bocor dan dipenuhi dengan cecair, lalu menyebabkan radang paru-paru .

Apabila paru-paru menjadi sangat rosak, sindrom gangguan pernafasan berlaku. Kemudian organ lain mula gagal dan kematian adalah satu perkara yang sukar untuk dielakkan.

Rawatan yang digunakan bagi situasi ini termasuklah menggunakan rawatan bagi penyakit Arthritis dan Rheumatoid Arthritis. Walaubagaimanapun masih belum ada bukti kukuh untuk menyokong keberkesanan penggunaan rawatan tersebut.

Sehingga kini, belum ada rawatan khusus dan vaksin bagi covid 19. Perkara yang terbaik adalah untuk kita mencegah dari dijangkiti

#StaySafe #StayAtHome #Covid19

(Sumber : Public Health Malaysia)