ahaipos

MAKLUMAN TERKINI MENGENAI PERKHIDMATAN UBAT MELALUI POS(UMP)

Bagi mengurangkan kesesakan di fasiliti kesihatan, Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) telah mengoptimumkan perkhidmatan Ubat Melalui Pos (UMP) dengan caj penghantaran akan ditanggung oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bermula pada 5 April 2020 sehingga 30 Jun 2020.

Sepanjang tempoh ini pesakit boleh menggunakan perkhidmatan ini secara PERCUMA.

Pesakit boleh menghubungi pihak farmasi di fasiliti kesihatan untuk mendaftarkan perkhidmatan ini. Kriteria untuk menyertai perkhidmatan ini adalah seperti berikut:-
* ubat berbentuk dos tablet/kapsul
* ubat bukan jenis psikotropik
* ubat tidak memerlukan penyimpanan
khusus
* pesakit yang mendapat rawatan di fasiliti
kesihatan KKM

#StaySafe 

#StayAtHome 

#Covid19 

#kekaltenangdirumah

Sumber:Jabatan Kesihatan Negeri Selangor

 

ahaidarah

Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan rakyat Malaysia menghadapi pelbagai cabaran. Roti boleh didapati di kedai, sebaliknya darah tidak boleh dihasilkan dengan sintetik. Satu-satunya cara untuk mendapatkan darah bagi pesakit adalah melalui pendermaan darah.

Walaupun terpaksa duduk rumah sebagai langkah pencegahan wabak COVID-19, namun kita masih boleh membantu pesakit di hospital dengan menderma darah kita yang tidak ternilai ini.

Bagi anda yang berminat menganjurkan aktiviti derma darah kumpulan kecil, bolehlah menghubungi kami di talian 03-26132777. Penganjuran pendermaan darah secara komuniti juga akan dirancang dan dimaklumkan kemudian.

#BekerjaDariRumah
#COVID19
#MCMC
#PerintahKawalanPergerakan
#StayAtHome

Sumber:Pusat Darah Negara Kementerian Kesihatan Malaysia

dshahsembuh

TERKINI COVID19Malaysia, 12 April 2020.
Bilangan kes pesakit sembuh dan telah discaj hospital adalah sebanyak 153 kes
Jumlah keseluruhan kes telah sembuh dan discaj adalah 2,108 kes bersamaan dengan 45.01% kadar kesembuhan dari jumlah keseluruhan kes positif.

Come on Malaysia, you can do it !!!

#StaySafe 

#StayAtHome 

#Covid19

Sumber:KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

dshahkeskematian

Kes Kematian Baharu COVID19Malaysia setakat 5 Petang, 12 April 2020 adalah seramai 3 orang.
Ini menjadikan jumlah kematian setakat ini adalah seramai 76 orang.

#StayAtHome

#BreaktheChain

#KitaMestiMenang

#workfromhome

Sumber: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

dshahstatus

Situasi terkini 12 April 2020 #COVID19 di Malaysia : Sebanyak 153 kes baru menjadikan jumlah keseluruhan 4,683 kes.

113 kes telah pulih menjadikan 1,995 pesakit telah pulih dan discaj.

3 kematian dicatatkan menjadikan jumlah keseluruhan kematian sebanyak 76 kes.

Jangan risikokan diri anda dan keluarga jangkitan COVID19. Patuhi Perintah Kawalan Pergerakan.

#Stayathome
#Covid19
#Workfromhome

Sumber:Majlis Keselamatan Negara