Lokasi Laksa Ipoh Warisan Bonda di tepi Stadium Sungai Besar kira-kira dalam 1.5km sahaja dari Pusat Internet Tebuk Haji Yusuf. Disini terdapat pelbagai lagi jualan-jualan gerai dan gerai ini menjadi tumpuan bagi penggemar laksa. Rasa keunikannya memang berbeza dengan laksa-laksa yang terdapat sekitar Sungai Besar ini. Disini tidak ada disediakan tempat untuk makan hanya untuk bungkus sahaja. Kuantiti yang berpatutan dengan harga, pembungkusan yang kemas dan kuah laksa yang panas memang menjadi salah satu tarikan buat pelanggan tegar.
Waktu operasi kebiasaannya bermula pada jam 11.00 pagi sehingga habis jualan. Jika habis cepat maka awal lah tutup gerai. Tetapi gerai ini tidak mempunyai jadual harian kerana tuan kedai sering mendapat tempahan untuk membuat laksa. Jadi, apabila pelanggan lalu di jalan stadium ini jika terlihat gerai ini dibuka, dengan segera mereka akan singgah sebelum terlambat kehabisan laksa.
http://tebukhjyusuf.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/keusahawanan/1180-laksa-ipoh-warisan-bonda#sigFreeId7f84ba7eff