189274922 1645419385647847 8619076444833911294 n

Alhamdulillah, walaupun PKP tapi usahawan masih dibenarkan meniaga. Tapi kalau risau tak ramai pelanggan yang nak datang walk-in, kita kan boleh jual secara online?

Belum mahir menggunakan platform secara atas talian? Jom INSKEN bantu mendigitalkan perniagaan anda melalui bimbingan selama 4 bulan.

Jadikan pandemik Covid-19 ini sebagai cabaran untuk anda memajukan perniagaan melalui platform seperti Telegram, WhatsApp, YouTube, Facebook, Instagram, Shopee, Lazada.

Melalui program ini, anda akan diajar mengenai kesemua 7 platform ini dan yang paling best, anda boleh pilih 1 platform untuk anda kuasai.

Kalau anda pilih platform Shopee, coach akan membimbing anda cara untuk membuat pemasaran menggunakan Shopee. Ingat, lain platform, lain caranya. Jadi, pelanggan anda berada di platform yang mana? Kuasai platform tersebut!

Jangan mengalah, kita mesti kekal bertahan ketika pandemik melanda dan perniagaan secara atas talian adalah salah satu cara untuk membantu usahawan dapat meningkatkan jualan.

Program ini terhad kepada 100 usahawan sahaja. Daftar segera di www.rebrand.ly/E-Board_2104

 

(Sumber : Institut Keusahawanan Negara)