Mempelajari Asas Komputer, Internet dan Menaip

Nama : Azman Bin Ibrahim
Umur : 47 Tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

En. Azman Bin Ibrahim adalah seorang pemegang kad OKU dan bekerja sebagai tukang urut sambilan di Kampung Simpang Lima, Sungai Besar. Beliau tiada pengetahuan asas di dalam bidang ICT dan beliau amat berminat untuk mempelajari ICT di PI Tebuk Haji Yusuf.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau tidak mempunyai pengetahuan mengenai komputer dan internet dan langsung tidak mengetahui cara penggunaan komputer.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas asas komputer yang dibimbing oleh Pusat Internet Tebuk Haji Yusuf, beliau kini mempunyai pengetahuan asas dalam penggunaan komputer dan internet. Walaupun beliau mempunyai masalah lembam tetapi beliau amat tekun dan sabar ketika belajar menggunakan komputer.