Usahawan Kecil

Nama : Rosnani Binti Hamzah
Umur : 57 Tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Pn. Rosnani Binti Hamzah adalah merupakan seorang penjual produk kesihatan di Kampung Simpang Lima dan ingin mengembangkan perniagaan beliau di luar kawasan kampung. Menyedari kepentingan media baru seperti Facebook, Instragram & Whatsapp adalah platform yang terbaik dalam mempromosikan perniagaan menjadikan beliau berminat untuk mempelajari ilmu perniagaan secara online.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM300 – RM500 sahaja sebulan

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Tebuk Haji Yusuf, beliau kini telah mempromosikan produk beliau menggunakan aplikasi Whatsapp dan Facebook. Dengan terhasilnya akaun Facebook dan Whatsapp, beliau kini mempunyai pelanggan dari luar kawasan bandar Sungai Besar di mana mereka mengetahui produk jualan  melalui aplikasi tersebut. Kini pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM500 – RM1000.