Mempelajari Asas Komputer, Internet Dan Menaip

Nama : Nor Zarina Binti Mohamad Jailani
Umur : 44 Tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Pn. Nor Zarina Binti Mohamad Jailani adalah seorang surirumah sepenuh masa yang menetap di Kampung Simpang Lima, Sungai Besar.

Beliau tiada pengetahuan asas di dalam bidang ICT dan beliau amat berminat untuk mempelajari ICT setelah dipelawa oleh rakan Persatuan Wanita Kampung Tebuk Haji Yusuf untuk sama-sama mengikuti kelas yang diadakan di PI Tebuk Haji Yusuf.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau tidak mempunyai pengetahuan mengenai komputer dan internet dan langsung tidak mengetahui cara penggunaan komputer.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Penyertaan beliau dalam kelas-kelas yang diikuti di Pusat Internet  Tebuk Haji Yusuf, beliau kini mempunyai kemajuan dalam pengetahuan asas dalam penggunaan komputer dan internet serta menaip.