Usahawan Kecil

Nama : Ani Suraya Binti Mohamad Yusof
Umur : 32 Tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Pn. Ani Suraya Binti Mohamad Yusof  merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Beliau ingin menceburi dalam bidang perniagaan untuk mengisi masa terluang beliau dan secara tidak langsung dapat menambah pendapatan.

Beliau meminati untuk membuat perniagaan selepas mengetahui ramai rakan surirumah beliau yang lain telah pun berniaga secara kecil-kecilan.

Menyedari kepentingan  internet dan kuasa media baru seperti, Instagram & Whatsapp adalah platform yang terbaik dalam mempromosikan perniagaan menjadikan beliau berminat untuk mempelajari ilmu perniagaan secara online.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau tidak mempunyai pendapatan sebelum menceburi bidang perniagaan online.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Tebuk Haji Yusuf, beliau kini telah mempromosikan produk jualan beliau menggunakan aplikasi Facebook, Whatsapp & Instagram.

Kini pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM500.00 – RM1000.00 sebulan