Usahawan Kecil

Nama : Pn. Ismailah Binti Dasuki
Umur : 35 Tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Pn. Ismailah Binti Dasuki adalah merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Beliau ingin menceburi bidang perniagaan secara kecil-kecilan untuk mengisi masa terluang beliau.

Beliau mempunyai kemahiran menjahit dan beliau juga membantu suami dalam membuat dekorasi seni yang berasaskan kayu.  Menyedari kepentingan  internet dan kuasa media baru seperti, Instagram & Whatsapp adalah platform yang terbaik dalam mempromosikan perniagaan menjadikan beliau berminat untuk mempelajari ilmu perniagaan secara online.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan sebelum menceburi bidang perniagaan online sebanyak RM800 sebulan

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet  Tebuk Haji Yusuf, beliau kini telah mempromosikan produk beliau menggunakan aplikasi Facebook, Whatsapp & Instagram.

Kini pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000.00 – RM2000.00 sebulan.