Usahawan Kecil

Nama : Aniz Syazwani Binti Mohd Noh
Umur : 27 Tahun
Ahli : 19 September 2022

 

Latar belakang

Cik Aniz Syazwani Binti Mohd Noh adalah seorang usahawan kecil yang menjual barangan seni ukiran kayu. Beliau menceburi dalam bidang ini kerana beliau berminat untuk belajar dan juga berniaga untuk menambahkan pendapatan beliau.

Menyedari kepentingan  internet dan kuasa media baru seperti Facebook & Shopee adalah platform yang terbaik dalam mempromosikan perniagaan menjadikan beliau berminat untuk mempelajari ilmu perniagaan secara online.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Perniagaan beliau meliputi lokasi yang berhampiran dengan tempat tinggal beliau. Pendapatan beliau RM 50 – RM 100 sebulan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Ekonomi Digital Tebuk Haji Yusuf, Beliau kini telah mempromosikan produk jualan beliau menggunakan aplikasi Facebook & Whatsapp.

Kini pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM300.00 – RM400.00 sebulan.