Kelab ini ditubuhkan pada tahun 2015 dan melibatkan anak-anak muda Tebuk Haji Yusuf khususnya bagi meningkatkan budaya sukan di dalam kalangan komuniti. Dinamakan Liga Padang Pasir kerana padang bolanya berpasir dan sering menjadi tempat untuk anak-anak muda ini beriadah setiap petang.

Setiap tahun kelab ini akan mengadakan Pertandingan Bola Sepak Liga Padang Pasir yang dianjurkan oleh Kelab Belia Tebuk Haji Yusuf. Kebiasaannya sebanyak 6 pasukan yang bertanding mengikut penyertaan dari ahli-ahli baru kelab. Dengan adanya aktiviti di kampung ini, komuniti disini berharap anak-anak muda ini dapat memupuk semangat kesukanan, kerjasama dan mengeratkan hubungan persaudaraan di kalangan mereka.