Menarik tentang restoran ini adalah mereka menyajikan menu hidangan berasaskan tradisi masyarakat Jawa. Warga Daerah Sabak Bernam terkenal dengan komuniti Jawa dan separuh daripada penduduk di sini adalah golongan Jawa. Sudah pasti restoran ini menjadi pilihan bagi yang menggemari masakan Jawa. Terletak di tengah-tengah Pekan Sungai Besar dan lebih kurang 3km dari Pusat Internet Komuniti Tebuk Haji Yusuf. Pelbagai menu makanan tengahari seperti gulai-gulai, sup, pelbagai sambal, bubur, nasi ambeng dan sebagainya.

 

Alamat : 

Jalan Bunga Loceng Kuning, Sungai Besar, 45300 Sungai Besar, Selangor

 

No.Telefon:

017-340 4916

 

Waktu Operasi :

Setiap hari (10.00 am - 5.00 pm)

 

(Sumber : Restoran Lela Best Nasi Ambe'ng III)