Kedai makan ini terletak di Pekan Sungai Besar yang mempunyai ciri-ciri kedai kayu lama bagi menimbulkan suasana nostalgia di antara pelanggan yang hadir. Pelbagai menu masakan tengahari yang disediakan disini dan yang paling digemari adalah menu masakan asam pedas. Disini juga menyediakan set makanan serendah harga RM6. Masih murah dan berpatutan, nampak menyelerakan bila dihidang di atas pinggan. Set ayam masak lemak, set kari ayam, set keli masak lemak, set keli sambal, set asam pedas ikan kembung. Semua berharga RM6. Juga boleh didapati menerusi perkhidmatan penghantaran melalui aplikasi Food Panda atau hubungi talian nombor di whatsapp.

 

Alamat :

198B, Jalan Bunga Raya, Sungai Besar, 45300 Sungai Besar, Selangor

 

No Dihubungi :

www.wasap.my/601111536596/order

 

(Sumber : Restoran Teratak Ayah Chik)