MyDesaStay @ Sungai Besar atau dikenali Komuniti Rumah Kayu, adalah sebuah Penginapan yang berkonsepkan Community Based Tourism (CBT). Terletak di Kampung Tebuk Haji Yusof, Sungai Limau berhampiran Pekan Sungai Besar, Selangor. Ia merupakan lokasi persinggahan yang tenang, seronok dan damai dengan gabungan seni bina tradisional yang tulen dan reka bentuk kontemporari.

Disini merupakan tempat yang ideal bagi penginapan pelancong yang mencari keindahan, keselesaan dan kemudahan di Sabak Bernam. Sangat sesuai untuk mereka yang rindukan kampung halaman atau ingin merasai suasana seperti di kampung sendiri. Sesuai untuk program Hari Keluarga, Laman Pengantin dan Program Persendirian. Kawasan ini terbuka tidak berpagar namun selamat. Di kawasan komuniti ini juga terdapat Pusat Internet Malaysia, Bike n Book Cafe, Pusat Ekonomi Komuniti, Hensem Barber, Nursery Tiara Salju dan Pustaka Hamka yang boleh dikongsi bersama. 

Mydesastay juga menawarkan banyak kemudahan dan perkhidmatan bagi memastikan penginapan yang menyenangkan bagi para tetamu. Tetamu boleh menikmati kemudahan seperti bilik seminar, astaka, kawasan lapang untuk pelbagai aktiviti, dapur luar, tempat letak kereta, kemudahan BBQ, perpustakaan, pusat ekonomi komuniti dan juga kemudahan rekreasi yang sangat baik bagi memulihkan diri anda dari kesibukan kota dengan keselesaan bilik anda, atau memanfaatkan masa anda dengan aktiviti seperti memancing, bermain bersama angsa, bermain permainan tradisional, ronda kampung, ke sawah padi atau tempat-tempat menarik di sekitar. Suasana persekitaran dan perkhidmatan yang sangat baik adalah apa yang anda boleh jangkakan semasa menginap di mydesastay.

 

Alamat :

Lot 9467, Jalan Haji Karim, Tebuk Haji Yusuf, 45300 Sungai Besar, Selangor

 

No. Telefon :

017-607 0772 (Puan Didi)

 

(Sumber : https://mydesastay.wordpress.com/)