Buntu mencari tempat percutian yg BEST dan menenangkan? Sebuah Homestay terletak di Parit 8 Timur, Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor adalah jawapannya. Ia berlatar belakangkan panorama sawah padi, dan sememangnya mempunyai daya tarikan yang tersendiri.

Homestay ini mempunyai 3 rumah kon dan 2 chalet kecil sesuai dengan kawasannya yang jauh dari kesibukan kota. Menawarkan pakej rumah rehat yang menarik dengan harga mampu. Bagi penggemar sukan berbasikal, digalakkan untuk membawa basikal untuk menikmati suasana kampung yang mendamaikan.

Abadikan memori terindah anda di sini.

 

Alamat

No 15, Parit 8 Timur Sungai Panjang 45300 Sungai Besar, Selangor

 

Waktu Operasi : 

Setiap hari (tempahan perlu dibuat lebih awal)


Nombor Telefon :
 

011-20903883

 

(Sumber : https://central.menarikdi.com/2021/06/08/menarikdisabakbernam-padihijau-homestay/)