Dekorasi Seni Kayu ini diusahakan oleh En Muhairi Bin Abd Manaf terletak di Kampung Sungai Limau, Sungai Besar. Beliau telah mula berjinak-jinak dalam perniagaan ini sejak tahun 2005 kerana meminati bidang seni ukir kayu ini sehingga kini.

Bermula dengan  ukiran  yang biasa kini beliau berbangga kerana berjaya menghasilkan pelbagai produk seni ukir kayu seperti Rak Kasut, Gazebo, Kayu penggantung Kunci, Astaka, Pintu Gerbang, Kerusi Malas dan lain-lain lagi. Ramai pelanggan beliau yang meminati dan menempah hasil kerja beliau kerana seni ukiran yang unik dan kemas. 

Harga yang ditawarkan adalah mampu milik mengikut saiz produk, jenis ukiran dan bahan yang digunakan. 

 

 

Tel:

013-7604920

 

Alamat:

Lot 5683, Jalan Tepi Sawah, Kampung Sungai Limau, 45300 Sungai Besar, Selangor

 

Waktu Operasi:

Isnin-Jumaat (9.00 am - 6.00 pm)

 

(sumber: https://www.facebook.com/muhairi.senikayu )