Mini Nursery Tiara Salju ini diusahakan oleh Puan Ayu Laila Binti Ismail yang juga merupakan usahawan Pusat Internet Tebuk Haji Yusuf. Mini Nursery ini menampilkan pelbagai jenis-jenis pokok dan juga herba diantaranya Bayam Brazil, Rumput Siti Khadijah, Bunga Harum Sundal Malam dan lain-lain. Sistem hidropot juga disediakan sesuai untuk pelanggan yang berkerjaya dan tiada masa untuk menjaga pokok ataupun kepada yang tinggal di rumah flat atau sebagainya. Sistem hidropot ini cuma perlu kaedah yang senang iaitu isi tanah, baja dan air sahaja.

Kebanyakan tanaman pokok dari nursery ini adalah untuk tujuan rawatan kesihatan seperti rawatan kanser, buah pinggang, kencing manis, migrain dan sebagainya. Harga yang ditawarkan berpatutan mengikut harga pasaran.

 

 

Tel:

017-286 8308

 

Alamat:

Komuniti Rumah Kayu Mydesastay, Tebuk Haji Yusuf, 45300 Sungai Besar, Selangor

 

Waktu Operasi:

Isnin-Jumaat (9.00am - 6.00pm)

 

(sumber: https://www.facebook.com/MyDesaStay/)