270223341 266634758789762 5027765208036754796 n

Entrepreneurship Selangor dibawah Selangor Youth Community bakal menganjurkan satu program keusahawanan khusus untuk Orang Kurang Upaya (OKU) iaitu Kursus Asas Jahitan/Kursus Asas Pengendalian Makanan & Minuman/Kursus Asas Peruncitan & Perniagaan Atas Talian.
Kriteria peserta yang layak menyertai kursus ini adalah seperti yang berikut:
1. Berumur 18-45 tahun
2. Menetap di Selangor/KL/Putrajaya/Negeri Sembilan
3. Pemegang kad OKU yang berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat
4. Berminat dalam bidang keusahawanan atau sudah menjalankan perniagaan dalam salah satu kursus yang ditawarkan
5. Boleh menjalani kursus secara fizikal dan dalam talian (online)
Jika berminat, anda boleh mendaftar di www.tinyurl.com/SAYLEADPRO.
Untuk pertanyaan, anda boleh hubungi Encik Naim di talian 018-3593797. Penyertaan adalah terhad dan percuma. Daftar sekarang
 

264798801 213165457668730 2252451842025195240 n

PERHATIAN USAHAWAN SELANGOR!

Sertai Pameran Gulfood 2022 di Dubai United Arab Emirates (UAE), “The World’s Largest & Most Competitive F&B Sourcing Event”. Program ini adalah anjuran Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan Negeri Selangor dengan kerjasama Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE). Program Peringkat Saringan akan diadakan kepada usahawan yang terpilih.

Kepada usahawan yang dapat memberi komitmen yang tinggi dan berminat sahaja- Sila Klik! Daftar : https://forms.gle/PLv9Y5hA1DQPE8X19

Tarikh : 13 – 17 Februari 2022 (Ahad – Khamis)
Tempat : Dubai International Convention & Exhibition Centre
Tarikh Tutup: 13/12/2021
Yuran Komitmen RM1,000.00

Yuran Wajib Promosi Kepada MATRADE RM3,900.00

 

(Sumber : Pembangunan Usahawan Negeri Selangor)

 

Menjual aneka jenis bakso diantaranya Bakso Biasa, Bakso Pingpong, Bakso Beranak, Bakso Mercun, Bakso Beranak Special dan Bakso Mercun Special. Terdapat juga menu lain seperti Nasi Ayam, Chicken Chop, Meatball dan lain-lain. Boleh dine in di kedai tetapi haruslah lengkap 2 dos vaksin covid-19. Tempahan juga boleh dibuat melalui aplikasi Whatsapp dan juga Halo

 

Waktu Operasi :

12.00 pm

 

No. Telefon :

www.wasap.my/60193659875

 

(Sumber : AnF corner sg besar)

262544628 4358489110944021 8585743203097370856 n

Untuk makluman, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menawarkan pendaftaran perniagaan percuma melalui Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) khususnya untuk golongan B40 atau pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) sepenuh masa yang ingin mendaftar perniagaan mereka.
.
SPPP SSM menggalakkan golongan B40 dan pelajar IPT sepenuh masa terlibat dalam perniagaan dan mendaftarkan perniagaan mereka dengan SSM di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956.

 

(Sumber : www.ssm.com.my)

252060185 175641838116852 3171674143793931200 n

Sempena peralihan Fasa PPN kepada Fasa 4, PKNS melalui Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU) PKNS membuka semula fasiliti yang berada di Bangunan PKNS BizPoint, Seksyen 7 Shah Alam kepada usahawan-usahawan di luar sana.

Antara fasiliti yang mendapat sambutan adalah Sewaan Bilik Seminar serendah RM350/hari serba lengkap dan terdapat kemudahan seperti surau, ruang makan serta keselamatan yang terkawal.

Untuk maklumat lanjut, tuan/puan boleh hubungi pegawai kami di 03-5566 8588 atau 013-3437542.

 

(Sumber : Bisnes Selangor)