Usahawan Kecil

Nama : Suriana Binti Dasuki
Umur : 40 Tahun
Ahli : 17 Januari 2018

 

Latar belakang

Puan Suriana Binti Dasuki merupakan seorang tukang jahit di Kampung Sungai Limau. Beliau mahir dalam menghasilkan jahitan baju tidak kira sama ada untuk wanita, lelaki mahupun kanak-kanak. Dengan kemahiran yang beliau miliki, beliau menceburi dalam bidang perniagaan ini untuk menambahkan pendapatan beliau.

Menyedari kepentingan  internet dan kuasa media baru seperti, Instagram & Whatsapp adalah platform yang terbaik dalam mempromosikan perniagaan menjadikan beliau berminat untuk mempelajari ilmu perniagaan secara online.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Perniagaan beliau meliputi lokasi yang berhampiran dengan tempat tinggal beliau. Pendapatan beliau RM 500 – RM 1000 sebulan

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Tebuk Haji Yusuf, beliau kini telah mempromosikan produk jualan beliau menggunakan aplikasi Facebook, Whatsapp & Instagram.

Kini pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000.00 – RM1500.00 sebulan.