Usahawan Kecil

Nama : Mohammad Nazrul Reza Bin Ahmad Rizal
Umur : 28 Tahun
Ahli : 13 Februari 2018

 

Latar belakang

Encik Mohammad Nazrul Redza Bin Ahmad Rizal merupakan pengusaha Mobile Petting Zoo yang membuat pameran dan pertunjukkan haiwan-haiwan eksotik. Beliau menceburi dalam bidang ini kerana beliau berani meminati haiwan eksotik ini. Dengan kemahiran yang beliau miliki, beliau menceburi dalam bidang perniagaan ini untuk menambahkan pendapatan beliau.

Menyedari kepentingan  internet dan kuasa media baru seperti, Instagram & Whatsapp adalah platform yang terbaik dalam mempromosikan perniagaan menjadikan beliau berminat untuk mempelajari ilmu perniagaan secara online.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Perniagaan beliau meliputi lokasi yang berhampiran dengan tempat tinggal beliau. Pendapatan beliau RM 1000 – RM 1500 sebulan

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Tebuk Haji Yusuf, beliau kini telah mempromosikan produk jualan beliau menggunakan aplikasi Facebook, Whatsapp & Instagram.

Kini pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM2000.00 – RM2500.00 sebulan.