Usahawan Kecil

Nama : Amin Haziq Bin Reza
Umur : 20 Tahun
Ahli : 19 Ogos 2017

 

Latar belakang

Amin Haziq Bin Reza adalah seorang usahawan kecil yang menjual produk makanan ringan. Beliau juga merupakan Sukarelawan Pusat Internet Tebuk Haji Yusuf dan sering mengikuti program dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet. .Beliau menceburi dalam bidang ini kerana beliau berminat untuk belajar dan juga berniaga untuk menambahkan pendapatan beliau.

Menyedari kepentingan  internet dan kuasa media baru seperti, Instagram & Whatsapp adalah platform yang terbaik dalam mempromosikan perniagaan menjadikan beliau berminat untuk mempelajari ilmu perniagaan secara online.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Perniagaan beliau meliputi lokasi yang berhampiran dengan tempat tinggal beliau. Pendapatan beliau RM 50 – RM 100 sebulan

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Tebuk Haji Yusuf, beliau kini telah mempromosikan produk jualan beliau menggunakan aplikasi Facebook, Whatsapp & Instagram.

Kini pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM 100.00 – RM250.00 sebulan.