Usahawan Kecil

Nama : Noor Farhana Binti Halimi
Umur : 32 Tahun
Ahli : 27 Januari 2017

 

Latar belakang

Puan Noor Farhana Bt Halimi merupakan seorang surirumah sepenuh masa. Namun beliau mempunyai kemahiran dalam bidang grafik dan mahir dalam penggunaan aplikasi Adobe Photoshop .Beliau menceburi dalam bidang ini kerana beliau tidak mahu mensia-siakan kemahiran yang ada dan ingin mengisi masa disamping dapat menjana pendapatan beliau.

Menyedari kepentingan  internet dan kuasa media baru seperti, Instagram & Whatsapp adalah platform yang terbaik dalam mempromosikan perniagaan menjadikan beliau berminat untuk mempelajari ilmu perniagaan secara online.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Perniagaan beliau meliputi lokasi yang berhampiran dengan tempat tinggal beliau dan hanya kenalan rapat sahaja. Pendapatan beliau RM 30 – RM 50 sebulan

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Tebuk Haji Yusuf, beliau kini telah mempromosikan produk jualan beliau menggunakan aplikasi Facebook, Whatsapp & Instagram.

Kini pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM 100.00 – RM250.00 sebulan.