Usahawan Kecil

Nama : Muhairi Bin Abd Manaf
Umur : 45 Tahun
Ahli : 9 September 2020

 

Latar belakang

En Muhairi Bin Abd Manaf adalah seorang usahawan kecil yang mempunyai kemahiran dalam bidang seni ukir kayu. Beliau menceburi dalam bidang ini kerana berminat untuk memperluaskan perniagaan dan menambahkan pendapatan beliau.

Menyedari kepentingan  internet dan kuasa media baru seperti, Instagram & Whatsapp adalah platform yang terbaik dalam mempromosikan perniagaan menjadikan beliau berminat untuk mempelajari ilmu perniagaan secara online.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Perniagaan beliau meliputi sekitar kawasan di Daerah Sabak Bernam. Pendapatan beliau RM 300 – RM 500 sebulan

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Tebuk Haji Yusuf, beliau kini telah mempromosikan produk jualan beliau menggunakan aplikasi Facebook dan Whatsapp.

Kini pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM500.00 – RM1500.00 sebulan.