Usahawan Kecil

Nama : En. Mohd Talha Bin Nawari
Umur : 46 Tahun
Ahli : 14 Mei 2017

 

Latar belakang

Encik Mohd Talha Bin Nawari merupakan seorang guru yang mengajar di SMK Dato’ Mustaffa Pasir Panjang, Sekinchan dan juga AJK PI Tebuk Haji Yusuf. Beliau menceburi dalam perniagaan penjualan kek lapis sarawak sebagai kerja sambilan untuk menambahkan pendapatan beliau.

Menyedari kepentingan  internet dan kuasa media baru seperti, Instagram & Whatsapp adalah platform yang terbaik dalam mempromosikan perniagaan menjadikan beliau berminat untuk mempelajari ilmu perniagaan secara online.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Perniagaan beliau meliputi lokasi yang berhampiran dengan tempat tinggal beliau. Pendapatan beliau RM 600 – RM 700 sebulan

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Tebuk Haji Yusuf, beliau kini telah mempromosikan produk jualan beliau menggunakan aplikasi Facebook & Whatsapp.

Kini pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM700 – RM1000 sebulan.