Mempelajari Asas Komputer, Internet Dan Menaip

Nama : Puan Jamayah Binti Basiron
Umur : 59 Tahun
Ahli : 4 Jun 2017

 

Latar belakang

Puan Jamayah adalah seorang pekerja di SIRIM di Bukit Jalil, Kuala Lumpur  yang membesar di  di Kampung Sungai Limau, Sungai Besar Selangor.

Beliau kurang mahir dalam menggunakan computer walaupun bekerja di jabatan yang memerlukan kemahiran ICT.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau kurang mahir menggunakan komputer dan sukar untuk mengikuti perkembangan aplikasi seperti Microsoft Office version yang terkini.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas-kelas asas komputer yang dibimbing oleh Pusat Internet Tebuk Haji Yusuf, beliau kini boleh menaip dengan kelajuan sederhana berbanding sebelumnya. Beliau juga mahir dalam penggunaan Microsoft Office dan juga internet.