Usahawan Kecil

Nama : Puan Ayu Laila Binti Ismail
Umur : 47 Tahun
Ahli : 10 Oktober 2019

 

Latar belakang

Puan Ayu Laila Binti Ismail merupakan seorang surirumah tangga sepenuh masa yang menetap di Sungai Leman, Sekinchan. Beliau menceburi dalam bidang ini setelah mencuba membuat hasil landscaping gardening di rumah beliau. Melihat hasil yang memuaskan dan mula mendapat permintaan ramai untuk membuat landscape, beliau menggunakan kemahiran beliau ini untuk menambahkan pendapatan.

Menyedari kepentingan  internet dan kuasa media baru seperti, Instagram & Whatsapp adalah platform yang terbaik dalam mempromosikan perniagaan menjadikan beliau berminat untuk mempelajari ilmu perniagaan secara online.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Perniagaan beliau meliputi lokasi yang berhampiran dengan tempat tinggal beliau. Pendapatan beliau RM 500 – RM 1000 sebulan

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Tebuk Haji Yusuf, beliau kini telah mempromosikan produk jualan beliau menggunakan aplikasi Facebook & Whatsapp. Perniagaan beliau meliputi seluruh daerah Sabak Bernam.

Kini pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000 – RM3000 sebulan.